Salam semua....order kali ni datangnya dari orang kl yang tinggal di aloq setaq....hehehehe...kak faizah ni kampungnya di kuala lumpur....kerja nya di utara mengikut suami terchenta....okkk...sempena sambutan hari raya di office suami...kak faizah pun meng order beberapa pilihan dari Bellaria untuk para tetamu...
Antara yang menjadi pilihan ialah, tart nanas (rolled pineapple tarts), fresh fruit tarts (fruit tartlets), mini mexican buns with almond slice dan juga fresh fruit cake.
Bila RAR tenung2...baru perasan yang order kak Faizah ni semuanya melibatkan buah n bijirin...eerrmmm pilihan yang sihat betul...harap nya dapat diterima selera para tetamu n keluarga...
Yang bagusnya...kak Faizah ni siap buat laporan kpd RAR pada malamnya (sebelum tido) ttg sambutan menu Bellaria....alhamdulillah...syukur pada-Nya kerana sama2 kita kongsi rezeki yang diberikan.
Terima kasih yer kak atas order yang dibuat & harap tak jemu memberi sokongan yer...untuk pengetahuan semua...keluarga kak Faizah ni peminat tegar tart nanas gulung....sama macam mak RAR la tu....kalau raya tak ada tart nanas mmg tak sah...hihihi...
Tq again & byeee
No comments:
Post a Comment