Welcome / Selamat Datang...

We are please to fulfill your orders accordingly. Make yourself comfortable and please do not hesitate to contact us for more detail arrangements.

Wednesday, October 26, 2011

Jem Strawberry

Cik Puan Ika & family ada berkampung kat Cameron Highland minggu lepas. RAR tak lepaskan peluang mengirim buah strawberry dari sana untuk dimakan & dibuat jem. Ada jugak terasa nak buat cake atau cupcake tapi tunggu sat....kita selesaikan satu persatu dulu...

Sebelum RAR dapat end product (jem dua botol sederhana) macam gmbr di bawah ni....

Kita kena masak dulu la....maaf ya RAR buat version terbalik....dari end product ke raw material...tak pe la...asalkan boleh paham

Haa...masak samapai pekat cam gini....

Sebelum dia pekat tu....jaga-jaga sebab air rebusan strawberry ni bleh melimpah....kalau dah rasa airnya banyak sangat....kita ceduk n simpan....bleh la buah campuran dalam apa2 resepi yang patut.....
Macam biasa la kan...masa nak masak tu...taruh gula....ikut la sesedap rasa...tapi gula ni pengawet jugak...jadi byk sikit takpe ya....buah2 strawberry ni jgn lupa buang tangkainya.....nanti ada plak yang masak dengan tangkai2 sekali...dah colour jadi merah campur hijau....buruk benor rasanya nanti.....

Moist Chocolate Cupcake With Chocolate Ganache & Strawberry Topping

Cupcakes ni sebenarnya untuk makan2 bila ada yang terlebih untuk Teacher Ina....memandangkan Isya & RAR lebih suka chocolate ganache berbanding buttercream....maka apa lagi kami pun pipekan jer la....chocolate moist plus chocolate ganache.....eeeemmmmm mmg terangkat dibuatnya.....habis kami kerjakan.
RM55.00 / box of 12 cupcakes

Moist Chocolate Cupcake With Buttercream & Strawberry Topping

Tetiba dapat call dari Puan Shaja yg Teacher Ina nak bertunang....Teacher Ina ni ramai org berkenan...kalau RAR ada adik lelaki mmg dah lama suruh mak masuk meminang. Pada mata RAR, orgnya ada complete package....apapun...selamat berbahagia. Cupcake ni untuk hantaran tunang ker atau untuk makan2 pun RAR tak tau....janji this is from Farisya to one of her favorite teacher....


RM55.00/box of 12 pcs

Paprika Bun

Paprika Buns ni untuk open day area rumah Ika & Pisyen.... Kawasan rumah cikgu cikgi ni best sebab ada taman permainan sendiri & ala tertutup untuk mereka ja....Bila ada kenduri kendara mmg tak kacau umah org lain sangat.

Masa hantar buns ni, mereka tengah proses untuk barang2 bbq... bestnya kalau dapat joint.





Minimum order untuk Paprika buns ni 20 biji. RM2.20 sebiji.

Sosej & Vege

Sosej & Vege Buns ini request dari Teacher Ika untuk cikgu2 sekolah dia....untuk breakfast katanya. Tapi kalau bun ni bagi kat Isya....abis dikutil-kutilnya vegenya.













Minimum order 20 biji. RM2.50 sebiji.

Sunday, October 23, 2011

Sandwich Loaf

Sandwich Loaf ni gebu ala jenama 'G' tapi agak berat sikit sebab mmg pakai tepung yang protein tinggi dan kurang sesangat yis nya... RAR cuba nak buat resepi yang dalam xperimen sekarang ni.....tak akan guna yis langsung.....kita akan guna teknik sour dough....kalau ikutkan banyak kelebihan SD dari segi kesihatan berbanding roti yang beryis ni.

Lagi satu RAR tak guna langsung sebarang chemical enhancer...jadi roti mmg kena habiskan dalam 3 hari kalau tak ada la pulak si kulat yang nak tumpang sekaki nanti....

Jika ada yang nak mengorder mmg boleh....tapi minimum 2 loaves....& tolong bagitau 2 hari inadvance...RAR kena buat ibu rotinya 24 jam lebih awal....nak buat macam mana kan...dah gitu tok guru turunkan petuanyerr....

Harga : RM3.50 sebuku x 2 = RM7.00
Saiz : 17.5 cm (panjang) x 10.5 cm (lebar) x 10.5 cm (tinggi)

Carrot Cake - 1st. Version

CARROT CAKE

Carrot cake ni ada follower yang tersendiri. Walaupun tak semua orang suka carrot cake (children especially!!!) tapi rasa cream cheesenya yang ada cebisan-cebisan kulit lemon memang best.

Masih tercari-cari deco yang terbaik untuk carrot cake ini tapi apa pun rasanya tetap sama dan harapnya tak ader yang terjejas. Antara peminat setia walaupun ada ketakutan nak makan banyak...ialah Puan Ika...tq for your continous order. Doakan akak dapat memperbaiki apa yang patut terutamanya bab mendeco yang sememangnya amat ler lemah.

RM45.00/kg (with walnut & cream cheese)