Welcome / Selamat Datang...

We are please to fulfill your orders accordingly. Make yourself comfortable and please do not hesitate to contact us for more detail arrangements.

Sunday, May 27, 2012

Tqvm Kak Wati ~ Orange yogurt cake & 'kek pisang'

Salam semua....

Order kali ni datangnya daripada Kak Wati ASC. Sempena family day company husband Kak Wati dia pun order orange yogurt cake & kek pisang sebagai potluck untuk makan ramai2....

RAR harap semuanya berjalan dengan lancar & semua orang akan enjoy the day with all the foods....

Tqvm Kak Watie for your support....



Friday, May 25, 2012

Xxxs cuppies - Tqvm Puan Junaidah aka John


Salam semua...

Sembang punya sembang...tak ku sangka kawan lama duk dekat rumah....kecik betul donia ni....

Kawan RAR ni masa kat sekolah orang panggil John....orang sebelah rumah John ni buat kenduri kawin anaknya....sebagai jiran yang prihatin...John pun mengorder 500 bijik xxxs cuppies untuk jirannya....baguih kan dapat jiran macam John ni....

Apa pun John....tqvm sebab sudi mengorder dengan Bellaria....moga majlis jiran kita ni berjalan lancar hendaknya....n Selamat Pengantin Baru!!!


Thursday, May 24, 2012

Moist Chocolate Cupcake - 25 pieces

Salam semua...

Tempahan ni datangnya daripada cikgu di SMK Sik. Melalui cikgu Anum, saya diberitahu yang cikgu yang menempah nak buat sambutan birthday anaknya.

RAR harapkan cupcake yang dibuat menepati citarasa cikgu dan semoga majlis berjalan dengan lancar....

Terima kasih atas sokongan cikgu2 sekalian....bye.



Happy Birthday Yasir Yunero San!!

Salam semua....

Order kali ni datangnya dari Kak Fadiah....customer baru yang di introduce oleh Kak Ani....tq to both of u.

Kak Fadiah nak sambut birthday anak teruna nya yang ke sebelas....Yasir.

Yasir ni peminat setia Naruto....tu la sebab nama pun ada terbias nama Jepun gitu....masa mak RAR terbaca nama Yasir ni, dia ingatkan Yasir ni orang Jepun...heheheheee.


Tema yang dipilih warna biru dan deconya sesuka hati....RAR pun pening kejap sebab mmg tak tau sgt apa yg boy suka....jadi akhirnya, warna biru dah jadi macam langit n matahari pulak ala-ala dari negara matahari terbit....boleh tak????

Apa pun...happy birthday Yasir dan semoga Kak Fadiah sekeluarga enjoy the cake....bye.



Carrot Cake Kak Ani


Salam semua.... order kali ni datangnya dari Kak Ani....jiran selorong dengan RAR jugak...Kak Ani ni dari mula lagi mmg tak putus2 bagi dorongan untuk RAR untuk involve dalam mem'baking'....tq Kak Ani.

Jadi kali ni, Kak Ani teringin nak makan cake  yang nak di sharekan dengan jiran depan rumah nya....RAR harap Kak Ani enjoy the cake yer....dan terima kasih atas kepercayaan dan support yang diberikan....

Bye...






Happy Birthday Maisarah!!!

 Happy birthday Nuraifa Maisarah!!!

Sedap nama nya kan??? Masa mengorder kek ni, Kak Watie dah cakap nak theme pink n barbie tapi sekali barbie kena tukar kepada Disney Princess....alhamdulillah Kak Watie kata ok....sebabnya RAR dah ronda cari EI gambar barbie tapi tak jumpa la pulak...habis stok agaknya....

Anyway....moga Maisarah akan jadi anak yang solehah dan penyejuk hati mama & ayah....

To Kak Watie....tqvm for your support!!



Carrot Cakes Sempena Hari Guru 2012


Carrot cake ni di order dari 3 customer yang berbeza pada hari yang sama....2 cake ni berkisarkan sambutan hari guru iaitu Cikgu Azmi dan Kak Watie manakala yang satu lagi ni dari customer baru RAR, Kak Liza.

Tqvm atas support kawan2 yang introduce carrot cake ni pada customer2 yang baru dan yang lama tetap me'repeat' order. Ok, apa pun tqvm bagi yang mengorder dari RAR ni dan harapnya semuanya dapat menikmati carrot cake ni bersama2 family. 

Tq again.





Chocolate Banana Indulg. - Off to SMK Sik

Selamat Hari Guru!!!!!

Terima kasih buat cikgu2 yang telah mengajar RAR selama ini....jasamu tetap di kenang hingga ke akhir hayat.....

Order untuk hari guru ni datangnya dari cikgu Anum SMK Sik. Cikgu Anum berkenan dengan Choc Banana Indulg. ni dah lama....jadi bila dah ada peluang untuk mengorder kek kegemaran, jadi apa lagi.....mmg cikgu Anum tak tunggu lama ler....

Apa pun, selamat hari guru dari RAR dan semoga cikgu2 di SMK Sik enjoy the cake....

Di sebabkan jumlah guru yang ramai sempena jamuan sambutan hari guru ni, maka order ni mmg dibuat khas untuk mereka....berdebar2 RAR semasa nak letak ganache tu....jenuh ketuk nak bagi meleleh.....Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.....




Fresh Fruit Cake

Salam. Hari ni RAR nak introduce kek terbaru yang akan ada dalam list jualan RAR. Kek buah-buahan segar ni moist & padat dengan buah-buahan (anggur, nanas, orange dan mulberries - ikut musim) with buttery taste. 

Jika anda penggemar kek yang ala-ala kek butter mat salleh dan juga buah-buahan segar....RAR yakin kek ini tak akan menghampakan. Rasa lemak kek yang ditambah dgn buah-buahan masam2 manis membuatkan ia tak muak dimakan. 



Sunday, May 20, 2012

Happy Nurses Day!!!


Selamat Hari Jururawat!!!! RAR tabik betul dgn Puan Ika ni...dia ingat sungguh sambutan hari apa pun n tak akan lupa dengan buah tangan untuk yg menyambutnya....

Kali ni Puan Ika order 16 biji choc moist cup cake untuk dihadiahkan kepada nurses di Klinik Sg. Lalang....untungnya mereka dapat patient macam Pn. Ika ni....

RAR pun nak ucapkan tq bebanyak atas order yg dibuat....moga semua org gembira.

Thursday, May 3, 2012

Ben-10 Theme ~ Happy Birthday Shukri!!!


First of all thank you Pn. Aida Soong sebab order from RAR. Anak teruna kesayangan laushe Aida ni memang ensem....hehehehe. Favorite hero dia Mr. Ben-10 jadi laushe Aida pun request as per idola anaknya....



Jadi RAR sediakan 1.5kg Ben-10 chocolate sponge cake untuk Shukri. RAR doakan moga Shukri menjadi anak yang soleh dan berkat hidupnya dunia dan akhirat.

Sekali lagi tqvm laushe Aida & am so happy about ur comment.