Welcome / Selamat Datang...

We are please to fulfill your orders accordingly. Make yourself comfortable and please do not hesitate to contact us for more detail arrangements.

Monday, January 21, 2013

Selamat Pengantin Baru Syaukhi & Azie!!!

Salam semua!!!
Selamat Pengantin Baru buat Syaukhi & Azie!!!
RAR sediakan 3 jenis kek sempena perkahwinan adik2 bertuah RAR ni....& harapan RAR moga pengantin gembira dengan buah tangan daripada BELLARIA ni....
3 tier wedding kek yang ala2 kek klasik Inggeris....diserlahkan dengan warna pastel dan bunga hiasan yang simple tetapi menonjolkan suasana yang romantik dan tersendiri.
Seriously RAR rasakan yang wedding cake should be simple but elegant...and easy to handle. And this is one of my favorite....;-)

Ini pula kek hantaran daripada Azie kepada Syaukhi....fondant cake yang RAR rasa cukup bermakna buat Azie....she has guide me to come out with this special design which represent their journey in the relationship.
Simple & meaningful...
Kek hantaran Syaukhi kepada Azie....berbunga simple, melambangkan kewanitaan dan kelembutan. Kombinasi warna kegemaran pengantin...ungu dan merah jambu....

RAR doakan moga kalian berbahagia hingga ke syurga dan terima kasih atas persaudaraan yang terbina.


Off to UNIMAP ~ tqvm Kak Faizah

Salam semua!!!

Order kali ni datangnyer daripada Kak Faizah...yang juga mengajar di UNIMAP. Pertama kali dapat berita tentang order Kak Faizah ni RAR dapat rasakan yang bestnyer kalau jadi student kelas Kak Faizah ni....

Mana tak nyer lecturer belanja makan....huisshhhh best!!!
Hidup sebagai student ni mmg mencabar kan? Tapi yang best nyer ada lecturer yang prihatin....
Kak Faizah ni sebenarnyer buat order ni untuk student2 bagi 2 kelasnyer di UNIMAP. 4 set tartlets dan 150 biji bun.
 

Antara yang beliau order ialah fresh fruit tartlets, milky almond tartlets, choc'orange tartlets, peanut butter bun, mini mexican bun dan peanut butter with salted caramel.


Terima kasih banyak2 atas order yang dibuat & semoga Kak Faizah terus sukses dalam berbakti mendidik anak2 bangsa.

Happy Birthday Nurfarisya!!!

Salam semua!!!

Happy birthday Nurfarisya!!!...Farisya ni peminat upin n ipin....bila nampak jer kek ni....dia dah ambik kerusi nak tengok dengan lebih dekat....RAR seronok sangat tengok reaksi dia bila tengok kek ni...lebih2 lagi bila dia nampak gambar upin & ipin....

Farisya ni nak sambut birthday dengan ninda nya sekali....sebab tu la mama nyer nak kan satu plaque untuk birthday wishes...

RAR harap birthday girl happy & moga semuanya berjalan dengan lancar.....tq for the order!!!

Tqvm siti Kasih!!!

Salam semua!!!

Order yang datangnyer daripada kawan sekolah RAR dedolu....Puan Siti Kasih.

Siti ni tinggal di Selangor....balik ke SP dan order milky almond tartlets ni untuk makan2 dengan mak & family...

Moga semua yang makan puas hati yer Siti....dan tqvm for the order!!



Hazelnut Paradise!!! ~ tqvm Kak Anis

Salam semua!!!

Dalam masa RAR menaip tentang kek hazelnut paradise ni....sebenarnya Kak Anis dah buat second order utk kek yang sama....hihihih...i likkkkeee!!!

Dan maknanyer juga...RAR ni mmg lambat giler update blog...apa laaa.....hihihih.....apa nak buat....semua nak buat kan??? maka nyer tak sempat dibuatnyer....macam2 alasan...

Ok ok....berbalik kpd crita kek Kak Anis ni.....order ni sebenarnya untuk birthday dua permata hati Kak Anis, Haqimi & Auni. Pada RAR kek ni mmg nyum nyum....hazelnut paradise ni sebenarnya adalah kek coklat yang dikayakan dengan hazelnut (nama pun hazelnut paradise kan??)....diselang selikan dengan special white chocolate filling yang yummehhh.....

Diluarnyer pula RAR salutkan dengan chocolate ganache.....eeermmmm....dikelilingi pulak dengan hazelnut yang rangup lagi sodap.....

Sekali makan pasti termimpi2....chewahhh...over promo la pulak....tapi hakikatnya mmg kek ni boleh mengubat kerinduan anda semua terhadap hazelnut...

Anyway....tqvm Kak Anis!!!

Thank you Wia!!!

Salam semua!!!

Order ni datangnyer daripada Wia, tokeh a.k.a kontraktor gazebo yang sedang meningkat maju....Wia nak bawa kek coklat extra moist & fresh fruit cake ni ke pantai timur....jauhnyer kek ni nak pergi....;-)...makanyer RAR pun minta Wia go thru menu n pilih kek2 yang tahan lasak.

Nak selit sikit....Kalau sapa2 nak order gazebo boleh call Wia....errrr...kena cari nombor Wia dalam fb RAR yer....

Kalau ada rezeki...RAR nak minta Wia buatkan pergola untuk RAR di BELLARIA yer....nak bagi pokok markisa tu panjat dan merimbun....hihihih...

Anyway....tqvm Wia for the order!!!

Happy Birthday Danisha Chumilllll....

Salam semua!!!

Order datang daripada Puan Linda untuk anak daranya yang chumil berlesong pipit....Danisha.

Pejam celik pejam celik....Danisha dah 4 tahun. Cepatnyer masa berlalu....Mama Danisha order Double Indulgence untuk makan2 bersama keluarga sempena birthday Danisha....

RAR harap Danisha happy dengan kek yang aunty RAR buat n moga Danisha membesar bagaikan johan!! Jadi kakak yang baik tau....

Thank you Linda and take care!

Tq Teacher Lia!!!

Salam semua....

Order kali ni datangnyer daripada Teacher Lia untuk kenduri sebelah suami....

Setiap lapis mempunyai rasa yang berbeza....kek, custard, jem, jelly n fresh fruit....kombinasi yang penuh dengan rasa yang tersendiri....

Trifle ni jugak sesuai sebagai manisan di meja pengantin dan buah tangan bagi tetamu khas. Sangat sesuai dimakan sejuk dan boleh dijadikan pilihan manisan selain daripada kek dan lain-lain.
Apa pun terima kasih Teacher Lia & moga tetamu yang datang berpuas hati...

Sunday, January 20, 2013

Selamat Bertunang Dilla!!


Salam semua!!!

Bersiaran langsung dari BELLARIA Bandar Laguna Merbok!!!

Tempahan yg datangnya drpd warga PERODUA...Dilla yang bertunang dengan jejaka dari Johor.....

Dari info yang RAR tau.....semua persiapan pertunangan Dilla....mama nyer yang sediakan. Bertuahnyer badan....kreatif betul mama Dilla ni....

RAR harapkan Dilla puas hati dengan kek yang disediakan dan RAR ucapkan selamat melalui tempoh petunangan dan berbahagia menempuh hari2 mendatang.

Terima kasih Dilla!!!

Monday, January 14, 2013

Selamat Hari Lahir YB Dato' Anas & tqvm Kak Faizah!!!

Salam semua!!!!

Order ni sebenarnya antara order2 penutup  tahun 2012...yg RAR tak sempat nak upload. Ok....yang ni surprise daripada isteri tercinta Kak Faizah buat suami...Kak Faizah ni yang RAR tahu gemarkan buah2....rasanya majoriti order yg lepas2....mesti dia order yang berkonsepkan buah ataupun kekacang....eerrrmmmm bagus bagus bagus....

Ok...selain daripada kek birthday ni...turut di order adalah murtabak cream cracker, chicken pie dan juga 2 set custrad cream puff yang 100% custard filling....



Alhamdulillah feedback yang diberikan amat menggumbirakan dan Alhamdulillah....

Terima kasih banyak2 kak Faizah sebab tak jemu2 menyokong BELLARIA....

Tuesday, January 1, 2013

Wedding Cake Off To Kelab Bandar Laguna Merbok

 Salam semua!!!

Kek ni ditempah oleh caterer yang Kelab Bandar Laguna Merbok bagi pihak customer mereka...
Tema biru n putih untuk suasana makan malam di tepi kolam renang kelab BLM....

 RAR gunakan design garis panjang putus2 untk kek....umpama hujan yang turun...tapi kannnnn...tak sangka la pulak...hujan mmg turun mencurah2 pada malam majlis tu......huhuhuhuh....bab kata mr. hubby.....ikut tema betul la kek awak tu.....eerrmmmm...yer la tu...
 Dek kerana nak relak tempias hujan....berkali2 jugak la kami ubah kedudukan meja kek tu......
 Melihat keadaan yang agak kelam kabut proses menyelamat daripada hujan...RAR pun turun la padang skali....orang kata pin kan kain...kita pun pin kan jer la.....
Padahal tak pernah buat pun.....dah jadinya ombak rindu yang tak kesampaian kain alas tu.....

Apa pun...tqvm Kak Azimah atas order yang dibuat...

Selamat Pengantin Baru ~ tqvm Misnadi!!!

Salam semua!!!
Kek yang ditempah bagi pihak ibu saudara yang mengendurikan dua pasangan mempelai....eeeiiii betul ker ayat mengendurikan.....apa la kan...macam nak kena sembelih jer.....choppppp.....melangsungkan majlis kenduri....hah! baru betul sikit...hihihihi....

Misnadi ni tinggal di Alor Setar....begitu gigih datang ke BELLARIA...yg dengar crita setelah jatuh chenta dengan tartlets yg di order oleh birasnya.....maka dari situ la episod bermula....Alhamdulillah.
First time dengar request Mis ni...RAR cuak jugak....kek warna kelabu....camno nak buat nihhh....masa siapkan separuh pun (b4 deco)....mr. hubby dah bg mcm komen....tapi last2 lepas deco....baru la kami berdua puas hati.....
Kek ni nampak klasik dgn gabungan warna kelabu dgn kerawang bewarna perak....apabila kita pluskan dgn bunga2 ros....maka ke'klasik'kan kek ni lagi la menyerlah....hihihih....alhamdulillah....

RAR harapkan ibu saudara Mis n mempelai puas hati dengan kek yg disediakan....terima kasih kerana memilih BELLARIA utk merealisasikan impian kalian....

p/s: Cappuccino cake (3.8kg +++) ~ soft fondant deco = RM290.00

Cupcakes off to Taman Lembah Bujang Utama!!!

 Salam semua!!!

Selamat Tahun Baru 2013! Tapi yg kelakornyer...RAR duk mengupdatekan gambar 2012 yg tak abis2 lagi....tu la ....menagguh kerja....dah jd camni...kerja tahun lps bw ke tahun baru.....

Anyway....order ni datangnya daripada sorang sis ni yg nak RAR deliverkan kpd 'kawan' yg sambut birthday nyer.....lawaknyer punya la RAR nak surprisekan tapi tetiba org yg nak terima takder di rumah....terpaksa la call kawan yg lain tolong ambilkan bagi pihak....
Yang ni pulak 'upah' untuk delivery rasanya....sebab nya yang nak menerima bukan si birthday guy/gal rasanya.....ohhhhh complicated utk dicrita......

Yg penting RAR dah selesaikan misi & harap sis puas hati... :-)

Double Indulgence ~ Happy Anniversary


Salam semua!!!

Sempena anniversary hubby n RAR tahun ni....RAR sediakan double indulgence utk kami sekeluarga...Alhamdulillah tahun ni....kami sekeluarga bertambah ahli baru n moga usia perkahwinan ini berpanjangan hingga ke syurga...

 Crita pasal kek ni....RAR boleh katakan yg kek ni mmg ada rasa coklat yg best....sebabnya ramuan coklatnya bukannya guna coklat masakan biasa...tapi kena guna coklat bermutu tinggi (premium).....bak kata sifu...baru betul rasanya.....
 Bila bab coklat ni...bukan saja org dewasa suka....baby yang usia 10 bulan ni pun sukerrrrr....

Ain Fathinah sukerrrr Chocolate Double Indulgence!!! Aauuummmm...

Tqvm Praphai!!! ~ Spicy Rolled & DC

Salam semua!!!

BELLARIA menerima kunjungan daripada Praphai a.k.a Mummy Bryyan....yg juga kawan sekuliah RAR dulu....kami sama2 buat MBA n byk kenangan yg dikongsikan.....teringat zaman belajar ni...macam best la pulak....

Anyway....Praphai buat dua order dari BELLARIA....roti gulung pedas dan juga durian crepe....

RAR nak crita sikit pasal roti gulung pedas ni.....roti ni sebenarnya di'kaya'kan dengan pelbagai ramuan.....selain daripada ianya 100% tepung berprotein tinggi, roti ni juga ada tuna (satu tin satu gulung....byk tuuuu)....mayo n juga chicken floss....haaaaa...tak cukup dgn tu....di BELLARIA...kami tambahkan lagi rempah ratus yg rohsia supaya rasanya lagi pedas n sodapppp....hihihih...jgn marah na nak promo lebih sikit...

Terima kasih buat Praphai yg mengorder....